Thursday, June 22, 2006

Wan Andak ... Hajah Zainab binti Haji Abbas

Salam semua....

Hmm.. Lama jugak aku tak blogging ni.. tapi dalam bulan ni peristiwa yang paling menyedihkan bila Wan Andak aku meninggal dunia dekat Damai Hospital.. Sehari sebelum dia meninggal aku baru sebutnak jenguk dia di hospital tapi hajat aku tu tak kesampaian sebab besoknya tu dia meninggalkan dunia.. Berita tu aku tau setelah mama ckp tu pun selepas sejam aku ajak parents aku pegi melawat dia kat hospital.. End up aku dapat tau yg dia baru meninggal jam 630 petang... Jadi mlm tu aku pegi melawat ziarah wan aku ni dekat hospital n rumah pak itam aku.

Wan Adak gelaran yg aku dan adik2 aku yg lain panggil adalah wan yang aku sayang disebabkan aku banyak membesar dengan dia especially masa hari raya yang memang kami sekeluarga akan merindui masakan dia yang memang tida tandingan... Arwah wan aku ni memang pendiam n tak banyak cakap tapi dia sangat penyayang .. Aku baru tau yang masa aku baru dilahir kan dialah yang jaga aku dan mama masa mama dalam pantang... Patutlah aku rasa macam close dengan dia walaupun dia cuma wan sedara aku.. tapi aku memang sayangkan dia macam wan aku sendiri yang memang aku tak pernah jumpa.. Peninggalan dia banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan keluarga kami. Banyak perkara 'miracle' yang terjadi masa hari kematian dia.. Sesungguhnya rahmat yang dia tinggalkan untuk kami satu family amat besar dan bermakna..


Semoga Allah mencucuri rahmat roh Wan Andak ku...

Al- Fatihah....

Wednesday, June 07, 2006

Tribute to Syed Firdzuan...




Assalammualaikum....

Semalam aku jumpa salah seorang sahabat yang memang aku tabik n memang sentiasa aku ingat sampai akhir hayat aku... Syed, sahabat yang aku dah kenal hampir sepuluh tahun yang pertama kalinya aku jumpa deakt Modesto Forum, Damansara. First time aku jumpa dia setelah di kenalkan oleh kawan baik aku , Airol n start drpd hari tu kitorang pun selalu jumpa n selalu lepak sesama. Then, aku masih ingat masa new year tahun brapa ntah... aku dan airol jumpa dia kat bangsar jln telawi .. aduh.. memang happening betul time tu.. Gile lah.. Tak hingat nye giler.. heheheh ... But tu semua kenangan lama .. Aku memang suka bercerita pasal kengkawan aku and Syed adala salahseorang kawan aku yg paling aku suke bercerita sbb hati budi dia yg memang baik... ( Kembang plak mamat ni lak ) but sememangnya dia memang macam tu... Memang cool la mamat ni...

So, semalam aku pergi jumpa Syed yang aku rasa time ni dia dalam flight pergi ke London untuk tinggal kat sana dengan isteri dia, Ain yang baru bernikah awal bulan lepas... Sepatutnya aku nak pegi airport tapi disebabkan atas beberapa alasan yang kukuh so aku tak dpt nak join hantar dia ke airport. But anyway dlm bulan ni aku dapat jugak attend semua wedding reception dia and mlm tadi dapat jugak aku jumpa dia skali lagi...



By the way, Thanks Syed for being a wonderful friend and u are in my all time list. Take Care brother ... Be a good husband and take care your lovely wife....

Chiow dawg

Tuesday, May 30, 2006

Syed's Wedding...


Kopratasa....

Hari Ahad lepas 28th May 06, Syed sahabat aku lagi sekali bersanding kat Hotel Singgahsana, PJ. Lagi sekali aku dan sahabat2 yang lain berkumpul n meraikan sahabat kitorang yang mmg dah lama kitorang kenal... Aku kenal syed ni kalau tak silap aku lebih kurang 7 tahun dulu kat Modesto Forum... Tu masa dulu la zaman remaja yang memang happening plus pening . Tapi sejak dari hari tu aku mula kenal Syed n hati budi dia.. Memang " world " la mamat ni.. Salah sorang sahabat yang akan aku ingat sampai akhir hayat aku n dia tetap sahabat aku sampai bila-bila... Yeah...

Akademi Fantasia 4 dah bermula.... Tapi tahun ni aku tak berapa interested sgt. Tak tau la maybe feel dia belum sampai lagi kot or aku rasa tahun ni punye pelajar tak beberapa menarik perhatian aku kot. Cuma adala sorang dua yang ok .. Si Farhan n Rich kot.... Haziq tu pun not bad la... yang lelain tu ntah la.. tapi mengikut firasat aku mungkin takde lagi pelajar yang boleh lawan mawinye aura.. Tak tau la knapa kan.. Takpe la rezeki dari untuk dia dan keluarga.. Tapi aku still akan tgk konsert diorang gak tiap2 minggu but bile world cup dah start sory la bola lagi penting dari AF..

World Cup 2006 tinggal lagi beberapa hari.. Satu acara tahunan yang aku tunggu2 setiap 4 tahun sekali. Aku nak tgk mcm mana Aimar, Riquelme, Rooney, Ronaldinho, Henry dan ramai lagi star kali ni perform kat Germany. Hopefully, this world cup will be the best world cup. Aku mcm biasa akan support England, Argentina, Holland and Brazil. Aku x kisah sgt team mana yg champion buat aku nak tgk game yg best yg aku boleh igt sampai bila2 mcm game Manchester United lwn Arsenal ( Semi Final FA Cup 1999 ) yg goal solo giggs dari tengah ... Wooo.... Ni lah game yg paling best pernah aku tgk dalam sejarah hidup aku.. Memang aku akan igt game ni sampai bila2... Memorable...

Aight... Nanti aku sambung lagi ...

Adios..

Friday, May 26, 2006

Sang Pencinta


Asslammualaikum....
Setelah beberapa lama aku menunggu akhirnya release jua album baru M.Nasir yang bertajuk " Sang Pencinta ". First day, album tu launching aku teruskan dapatkan kat Tower Records, KLCC. Punya la excited aku dapt album baru sifu ni.

Ada sepuluh lagu dalam album baru sifu ni.. Aku rasa kali ni album sifu lebih kepada irama folk n blues. Takde lagu2 berat yang macam Andalusia ke, Phoenix Bangkit dari Abu but lebih rileks and santai. Pada album kali ni lebih matang and agak relevan dgn usia Sifu yang makin kertu. Selain lagu Juwita, ada beberapa buah lagu lain yang menarik perhatian aku seperti Sang Pencinta, Setiap Dambaan, Tujuh langit tinggi, Balada Seorang Teman dan Apa lagi yang aku rasa sedap and memang layan. Lagu2 kali ni lebih kepada irama rancak macam zaman Kembara dulu la tapi dengan lirik yang lebih mendalam... Kepada sesiapa yang meminati karya Sifu M.Nasir, aku rasa boleh beli dan berbaloi untuk beli yang ORIGINAL. Kepada yang belum pernah dengar lagu2 M.Nasir ( ada ker ? ) cubalah dengar lagu2 dalam album ni...

okay.. cukup cerita M.Nasir.. kang korang boring lak dengar. Minggu ni sekali lagi aku akan pergi wedding kawan baik aku , Syed tapi kali ni kat Hotel Singgahsana, Pj pulak. Ni yg menjadi masalah aku ni.. aku takde baju nak pakai pegi sana.. tak habih2 baju yang sama.. Semalam aku cabut jap pegi mid valley waktu lunch time tapi takde pulak baju yang aku suker .. tu yg aku malas tu.. Pening kepala aku .. Igt hari ni aku nak singgah pegi KLCC. try usha kat sini plak.Nak beli baju apa pun aku tak tau.,. Biasa la aku main belasah jer ... Oh ye.. Happy Birthday to Nurin @ Nunu my islandic friend.. hehehe.. Really nice to know u.. Dia ni tak banyak cakap sikit tp still cool la... Minggu ni aku takde aktiviti sangat kecuali wedding syed la.. Maybe aku nak lepak dengan Airol la.. Dia baru balik China .. Apa la dia belikan untuk aku. Lama gak aku tak lepak dgn dia..

Okay la.. Salam Algojo....

Saturday, May 20, 2006

The One with the song...

Darlin' I can't explain
Where did we lose our way
Girl it's drivin' me insane
And I know I just need one more chance
To prove my love to you
If you come back to me
I'll guarantee
That I'll never let you go

Chorus:
Can we go back to the days our love was strong
Can you tell me how a perfect love goes wrong
Can somebody tell me how to get things back
The way they use to be
Oh God give me a reason
I'm down on bended knee I

'll never walk again
Until you come back to me
I'm down on bended knee

So many nights I dream of you
Holding my pillow tight I know
I don't need to be alone
When I open up my eyes
To face reality
Every moment without you
It seems like eternity I
'm begging you, begging you come back to me

Chorus

Gonna swallow my pride, say I'm sorry
Stop pointing fingers the blame is on me
I want a new life and I want it with you
If you feel the same don't ever let it go
You gotta believe in the spirit of love
It can heal all things we won't hurt any more
No I don't believe our love's terminal
I'm down on my knees begging you please Come home

Chorus Chorus
Wanna build a new life
Just you and me
Gonna make you my wife
Raise a family



One of my fav song for a life time that has a lot of meaning. One of the classic rendition from Boyz II Men that so superb and touching... Is it touching ?? Argh.. Shit la all this stuff . Sometimes it makes me feel so tense when all the memories comes back and make my soul so painful.. Damn la all the memories. " Hakuna Matata " said timon . Yeah!!

Thursday, May 18, 2006

Kau Yang SATU....

Assalammualaikum....

Aku masih lagi ada disini seperti hari2 yang aku lalui.. Seperti biasa hidup aku macam biasa yang aku jalan kan hari. Cuma beberapa minggu lepas beberapa peristiwa yang mengingkatkan aku tentang kehidupan. Salah seorang rakan baik aku , syed baru lepas bernikah dengan tunang dia, Ain.. Hari Sabtu yang 2 minggu lepas, tersentuh jugak la hati aku bila nampak dia sedang diijabkabulkan oleh bapak mertua dia sendiri ( dalam hati horror gak ). Aku dan rakan-rakan yang lain semuanya segak dengan berbaju melayu n baju kurung .. Susah betul nak tengok diorang ni pakai camni.. biasanya mesti dengan seluar pendek ataupun jeans je.. hehehe.. But for our best friends ., we'll do anything for you brother walaupun tak suka sangat pakai baju melayu ni. Syed dah selamat menjadi seorang suami dan aku memang yakin dia mampu memegang tanggungjawab tu. Lepas ni dia pun kena ikut isteri dia fly ke London.. dah kurang sorang kawan aku.. but Life must go on....

Jumaat lepas aku dan rakan sekerja aku telah fdi hantar ke Raub, Pahang untuk hadiri Majlis Qiamullail anjuran syarikat aku NAZA. Hmm.. ni lah salah satu kenangan atau pengalaman manis dan berharga dalam hidup aku. Terus-terang aku katakan memang hati aku berat bila pertama kali aku disuruh pergi hadiri majlis tu. Tetapi atas berkat dan semangat rakan2 aku yang sesama pergi membuatkan aku pun jadi semangat. Memang mengasyikkan dan menginsafkan bila di tazkirah oleh ustaz2 yang bagi ceramah kat aku selama 3 hari aku kat sana.. Macam2 yang aku pelajari lebih2 agi tentang kebesaran Allah dan Nabi muhammad. Sememamangnya aku rasa sangat jahil di kalangan budak2 tahfiz yang turut hadir yang umur mereka jauh lebih muda dari aku. Terasa betapa jahil nye aku di dunia ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Sesungguhnya, akulupa dan alpa tentang hari akhirat dan alam kubur yang penuh dengan cahaya dan api. Pertama kali aku menunaikan solat tasbih pukul 4.30 pagi yang betul2 membuatkan hati aku rasa takut dan sayu disebabkan kejahilan diri sendiri. Salah seorang ustaz yang beri ceramah terselit seorang yang aku pernah ingat sesama aku kecil dulu dengan lagu " Aku Anak Malaysia " iaitu Dr. Sam.. Sekarang dia bukan Dr. Sam yang dulu but seorang yang aku rasa penuh dengan ilmu dan seorang pendakwah bebas yang dihormati. Salah satu ayat keramat dia yang aku masih ingat Dua Rakaat Selesai All Masalah.. Kalau dihimpunkan jadi la nama dia sendiri.. DR SAM. Dahsyat orang tua ni. Malam tadi aku baru lepas tengok cerita lama M.Nasir, Kembara Seniman Jalanan n dia ppun ada berlakon sekali.. Masa kat sana tak sempat aku nak duduk berborak dengan dia.. Arghh.. tu yg rugi tu.. Tapi setelah 2 malam kitorang kat sana, barulah aku sedar betapa aku masih dlam kerugian tentang alam akhirat yang semamangnya tiada penghujung dan memang akan berlaku. SubhanaAllah.. Aku dan rakan2 termenung sejenak memikirkan apa yang akan terjadi pada aku dan keluarga pada hari penghisaban seluruh makhluk Allah... hayatilah lirik lagu di bawah..InsyaAllah...

Kau Yang Satu

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

Meniti Titian Usang


Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu adalah warna dalam hidupku
Kejutkanlah aku kawanku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawanaku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan jurangnya sangat dalam
Jurangnya sangat mengerikan ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu untuk memimpimku
Di seberang sana adanya cahaya.

Dua lagu diatas adalah ciptaan M.Nasir yang membawa maksud yang sangat dalam dan penuh pengertian. Aku pun masih lagi dalam perjalan untuk meneruskan kehidupan yang lebih sempurna baik di dunia dan yang paling penting di Akhirat... Insya Allah...

Wassalam....

Thursday, May 04, 2006

Pulau Perhentian....

Assalammualaikum...

Ha... lama betul tak blogging ni. Tiba2 lak aku rasa macam nak menaip harini. Last week hari khamis 28 April , aku dgn katek pergi ke Pulau Perhentian Kecil untuk bereheat dan menenangkan fikiran yang "kononya" berserabut. Tapi cool la lepak n aku teruja betul dengan keindahan pantai kat situ. Aku dengan katek memang betul2 nye lepak kat sana.. takde nak pikir apa2 just lepak .. n lepak... On the next day means hari Sabtu pepagi lagi kitorang pegi Snorkeling trip . Ada la lagi orang dalam satu bot kitorang tapi tak cool sangat la diorang. Cuma ada satu Germans ni la yang kitorang kawan yg lain tu kerek sikit so pi mampos sama diorang. Memang best la sebab cuaca masa kitorang pegi pun cun.. mmg panas, air laut memang perfect . Memang a good day but the best part is aku dpat berenang dengan penyu. hehehe... setakat berenang dengan ikan dah common tapi aku dapat berenang dgn penyu. Aku takde underwater camera je sebagai bukti kalau tak memang cun habiss... That is really a good experience and memory. So, sehari suntuk kitorang habiskan masa bersnorkeling. Katek puna kalau korang tengok dah macam memerang air.. Dia tak boleh duduk sekejap kat dara.. sekejap jer pastu kang mesti nak gi berendam... By the way, It is really a good holiday and trip eventhough just the two of us.

Masa last day, kat sana barulah kitorang dapat member baru masa kat.. 3 orang chicka yang memang cool , satu kepala dengan kitorang and memang best la dibuat kawan.. Diorang semua sebaya dengan katek but we really enjoy lepak dengan diorang. Walaupun kenal tak smapai setengah jam but dah rasa macam close . maybe chemistry to be friends dah ada kat situ ... Oh !! Lupa lak nama diorang Nourin, Shahira and Aira.. The 3 of them are really lovely and really cool... Panjang cerita nye macam mana kitorang boleh kenal dengan diorang ni tapi aku malas la nak cerita tapi apa2 pun katek yang make the move first then baru aku menebeng nak join sama.

Anyway, the trip to Perhentian will always in my soul and will remember the great moment till the rest of my life...

Salam...